Alhamdulillah ADYLAN AFNAN BIN AHMAD dan Tahniah atas penglibatan dalam Kejohanan Barebow Asia peringkat antarabangsa ini. Bukan semua murid mendapat peluang merasai suasana pertandingan sebesar ini, dan kehadiran Afnan di pentas Asia adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan. Ia bukan sekadar tentang menyertai kejohanan, tetapi tentang keberanian melangkah keluar daripada zon selesa, menimba pengalaman baharu, melihat disiplin atlet dari pelbagai negara, serta belajar mengurus diri, emosi dan keyakinan dalam suasana pertandingan yang mencabar.
Bakat di kesan melalui bimbingan Cikgu Mazuan AKSES Mazuan bulan 11 / 2025 dan sokongan dari GPK Pendidikan Khas Puan Norafizah @Noorafizah Sebagai murid PPKI SMK Ayer Keroh, Afnan telah membuktikan bahawa batas bukan penghalang untuk berjaya dan mencipta pengalaman berharga. Setiap langkah Afnan ke gelanggang adalah lambang usaha, semangat dan ketekunan yang wajar dicontohi. Penglibatan ini pastinya menjadi kenangan indah dan titik mula kepada lebih banyak pencapaian pada masa akan datang. Teruskan melangkah dengan yakin, Afnan. SMK Ayer Keroh sentiasa bangga denganmu.
Unit Koku & Warga Akses mengucapkan tahniah dan syabas ❤️????❤️????❤️
#cgtaksesnombor1