• Main
  • News

Majlis Temu Mesra Murid Tingkatan 1–5 Dan Murid

Majlis Temu Mesra Murid Tingkatan 1–5 Dan Murid

MAJLIS TEMU MESRA MURID TINGKATAN 1–5 DAN MURID PPKI BERSAMA IBU BAPA 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa pihak SMK Ayer Keroh akan mengadakan Majlis Temu Mesra Murid Tingkatan 1–5 dan Murid PPKI Bersama Ibu Bapa 2026 seperti ketetapan berikut:

???? Tarikh: 26 Jun 2026 (Jumaat)
???? Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
???? Tempat:
• Tingkatan 1–4 dan PPKI : Kelas masing-masing
• Tingkatan 5 : Dewan

Majlis ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid di samping membincangkan perkembangan akademik, sahsiah serta kebajikan murid secara langsung.

Ibu bapa/penjaga dijemput hadir bagi menjayakan program ini. Untuk makluman, ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak masing-masing selepas selesai sesi temu mesra.

Kerjasama dan keprihatinan semua ibu bapa dalam memastikan kecemerlangan anak-anak amatlah dihargai.

#CGTAKSESNO1